TANAH LOT KEDIAMAN DI UIA, SG. PUSU, GOMBAK, SELANGOR UNTUK DIJUAL

Butiran Tanah

  1. Geran Besar: No. 4999
  2. Kawasan: Sg. Pusu, UIA, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Selangor.
  3. Jualan: Sudah Habis Dijual
  4. Status Tanah: Rizab Melayu, Bumiputra
  5. Leeshold: 99 Tahun
  6. Kategori: Pertanian Dalam Proses Pertukaran Ke Bangunan Kediaman

 

Harga Termasuk Infra dan kemudahan:

  • Infra Lengkap
  • Surau
  • Taman Permainan
  • Tadika Islam
  • Pondok pengawal
  • Yuran Guaman
  • Duti Setem
  • Perjanjian Jual Beli (SNP)
  • Wasiat Oleh Amanah Raya Berhad
  • Infrastruktur dan Prasarana Yang Lengkap
  • Tiang Lampu
  • Jalan 50 Kaki Persegi
  • Longkang

 

Kelebihan Memiliki Tanah Lot Di Kawasan Ini

  • PELABURAN 15%-30% SETAHUN
  • LOKASI YANG STRATEGIK DI KORIDOR MEMBANGUN
  • PERSEKITARAN BANDAR ILMU
  • AKSES MUDAH MELALUI JARINGAN LEBUHRAYA PANTAI TIMUR, DUKE, MRR2, CADANGAN LEBUHRAYA KLOR 2015, EKVE

 

Antara Bandar-Bandar Berhampiran Dengan Kawasan Tanah

  • BATU CAVE (5KM)
  • KEPONG (8KM)
  • AMPANG (8KM)
  • CHERAS (12KM)
  • LUMPUR (10KM)

 

LANGKAH-LANGKAH URUSAN JUAL BELI TANAH

Untuk info penting kepada semua pelanggan, adalah dengan lebih baik jika pelanggan meluangkan masa untuk baca beberapa prosedur, langkah-langkah pengurusan jual beli tanah, syarat beli tanah, persediaan dokumen perlu di bawa sebelum jumpa wakil panel kami.

 

Langkah Pertama

Pada langkah pertama ini, selalunya pelanggan membuat pertanyaan berkenaan tanah. Setelah soal jawab berlaku melalui call/sms/whatsapp sekiranya pelanggan berminat, maka satu temujanji perlu ditetapkan untuk Melawat Tapak Tanah. Tarikh dan masa lawatan akan ditetapkan oleh kedua2 pihak pembeli dan penjual. Setelah aktiviti melawat tapak sudah dilakukan, sekiranya pelanggan berminat, pelanggan hadir ke pejabat meluangkan masa berbincang/berjumpa dengan wakil panel kami untuk memahami prosedur dan langkah-langkah cara beli tanah, harga tanah boleh nego ke atau tak, prosedur pembayaran, cara pembayaran, status tanah, pemilikan tanah, geran dan kategori tanah, syarat-syarat perjanjian jual beli tanah, syarat dan kelayakkan pinjaman untuk loan peribadi, loan koperasi atau bayaran tunai bertujuan nak beli tanah, dan proses tempoh urusan jual beli tanah. Sekiranya pelanggan setuju semasa perbincangan dgn wakil kami, maka bayaran Booking Fee (Bayaran Tempahan) sebanyak 5% Daripada Harga Tanah hendaklah dibayar oleh pelanggan berkenaan.

 

Langkah Kedua

Dalam tempoh 7 sehingga 14 hari, pelanggan perlu hadir ke pejabat pemaju atau pejabat peguam untuk menandatangani PARTIAL SNP/SPA berserta Bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 15% Sehingga 25% daripada harga tanah, bayaran deposit tersebut dimeterai melalui Partial Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Partial SPA/SNP) diantara Pembeli dan Pemaju Serta Disaksikan Oleh Peguam. Di samping itu, pembeli menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pinjaman sekiranya pembeli nak buat loan melalui koperasi atau bank, supaya segala proses dapat dipercepatkan, bayaran hendaklah dibuat diatas nama Pemaju tanah atau Peguam Pemegang Amanah. Pemaju Tanah atau Peguam dilantik, akan mengeluarkan resit/slip bayaran dan Partial Surat Perjanjian Jual Beli (Partial SPA/SNP) kepada pembeli, proses bayaran

pendahuluan dan perjanjian ini dilakukan di pejabat pemaju atau pejabat peguam.

 

Langkah Ketiga

Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, pemaju akan menyediakan surat perjanjian jual beli (FULL SPA/SNP) manakala urusan dengan pihak Bank/Koperasi akan mengambil masa 10 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank atau koperasi sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Panel kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemaju di pejabat pemaju atau pejabat peguam. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 70% atau 80% lagi daripada harga tanah.

 

Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh Partial perjanjian jual beli tanah (Partial SPA/SNP).

 

Langkah Keempat

Sekiranya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian (Partial SPA/SNP) pembeli masih gagal membuat bayaran 70% atau 80% tunggakkan kepada pemaju, pembeli boleh memohon lanjutan bayaran iaitu Janji Bayar (Promise To Pay) kepada pemaju dalam tempoh satu (1) bulan atau lebih mengikut budi bicara pemaju bagi mengelakkan perjanjian (SPA) terbatal dan sekiranya pembeli masih juga gagal, enggan dan atau ingkar untuk membuat bayaran selepas tempoh lanjutan, maka pemaju berhak untuk tidak memulangkan wang Deposit atau Wang Pendahuluan tersebut.

 

Peringkat Pembayaran

  • 1) Bayaran Tempahan (Booking Fee) 5%
  • 2) Bayaran Deposit 15% atau 25% daripada harga tanah
  • 3) Bayaran Akhir 80% atau 70% daripada harga tanah

 

Persediaan perlu di bawa oleh pembeli semasa jumpa panel kami

  1. a) Dua (2) Keping Kad Pengenalan
  2. b) Surat Pengesahan Jawatan (Appointment Letter)
  3. c) Salinan Penyata EPF d) Bank Statement 3 Bulan Terkini Panel
  4. d) Bil air atau bil elektrik

 

               

Translate »